Sunday, November 15, 2009

Iblis Suka Sifat Pemarah, Dekati Perempuan

IBLIS datang kepada Nabi Musa dan berkata, “Engkaulah yang dipilih Allah untuk risalah dan langsung berkata-kata kepadamu, sedang aku seorang makhluk biasa, yang ingin juga bertaubat kepada Tuhan, maka tolonglah aku semoga dapat diterima taubatku”.

Nabi Musa gembira, lalu Baginda mengambil wuduk, bersolat dan berdoa, “ Ya Tuhan, iblis seorang makhluk-Mu, ia akan bertaubat, maka terimalah taubatnya”. Maka diturunkan wahyu kepada Musa, “Ya! Musa, dia tidak akan bertaubat”. Jawab Musa, “Ya! Tuhan, dia minta taubat”.

Maka turun wahyu kepada Musa, “ Aku terima permintaanmu Musa, maka suruhlah ia (Iblis) sujud kepada kubur Adam, maka Aku akan menerima taubatnya.”

Nabi Musa sangat gembira, dan menyampaikan suara wahyu itu kepada Iblis, tiba-tiba iblis marah dan sombong serta berkata, “Aku tidak akan sujud kepadanya (Adam) pada masa hidupnya, bagaimana akan sujud sesudah matinya? Lalu Iblis berkata, “Hai Musa, kerana engkau menolong aku kepada Tuhan, maka kini engkau berhak mendapat hadiah dariku,” Aku berpesan kepadamu tiga perkara:

- Ingatlah kepadaku (Iblis) ketika marah, sebab aku di dalam tubuhmu mengikut saluran darah.

- Ingatlah kepadaku ketika menghadapi musuh perang sebab aku datang kepada anak Adam mengingatkan kepadanya keadaan isteri dan anak-anaknya serta hartanya, sehingga ia lari ke belakang (meninggalkan perjuangan).
- Awaslah, jangan duduk sendirian dengan wanita bukan muhrim, sebab aku sebagai utusannya (perantaraan) kepadamu dan urusannya kepada kamu.

Kejadian di atas adalah pedoman kepada manusia supaya tidak mengikut arahan iblis yang sentiasa mahu merosakkan keturunan Adam.

Peristiwa ini juga mengingatkan supaya lelaki dan wanita mengetahui batasan pergaulan, kerana yang ketiga di antara mereka adalah iblis.

Thursday, November 5, 2009

Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia..
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak...
Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak….
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami ,
Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.....
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya....

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran seksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan
di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Ses u ngguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" 10x

Monday, November 2, 2009

Nasihat Saidina Ali

1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda
2. Menyokong kesalahan adalah umpama menindas kebenaran
3. Jagalah ibubapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan menjaga kamu
4. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah umpama tidak mempunyai kepercayaan kepada Allah
S.W.T
5. Sifat menahan kemaharan adalah lebih mulia daripada membalas dendam
6. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai sedangkan ilmu menjaga
kamu
7. Insan itu terbahagi 3:
i. Mereka yang mengenal Allah
ii. Mereka yang mencari kebenaran
iii. Mereka yang tidak berpengetahuan (Golongan ini adalah yang paling
rendah sekali dan akan hanya mengikut ketua membuta tuli)
8. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah S.W.T
9. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya
10. Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas
11. Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya
12. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang
mengumpat
13. Sangkaan seseorang yang berakal adalah suatu ramalan
14. Taat kepada perempuan (selain ibunya) adalah kejahilan yang palilng besar
15. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah
16. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya
17. Jika kamu menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada
kejayaan yang telah kamu perolehi
18. Kejahatan itu mengumpul kecelaan yang memalukan
19. Mengajar itu adalah belajar ( dalam kita memberi pengetahuan itu kepada orang lain, dalam masa
yang sama kita juga mendapat ilmu itu juga. Menggandakan ilmu itu adalah perkara yang terbaik
untuk manusia )
20. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatlah kesusahanmu dengan
mendirikan sembahyang
21. Ilmu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar dihujung ilmu dan ilmu yang paling
tinggi ialah yang melahirkan kesan kepada tingkahlaku dan anggotanya

Sunday, November 1, 2009

Berdoa Memohon Jodoh Daripada Al-Quran

Bukan setakat memohon untuk dikurniakan jodoh, peranan doa amat luas dan penting dalam menentukan hala tuju kehidupan seseorang. Baik kehidupan di dunia mahu pun kehidupan di akhirat. Dengan merendah diri dan berdoa seseorang akan dapat mengagungkan kekuasaan tuhan dan menyedarai kelemahan diri sendiri. Seterusnya meletakkan satu pengharapan kepada tuhan dalam mencapai cita-cita.

Di dalam surah Al-Baqarah, ayat 186, Allah telah berfirman, “..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ”

Firman Allah lagi di dalam surah Al-mu'min ayat60, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

Kedua-dua ayat ini menunjukkan Allah menyuruh semua umat Islam berdoa kepadaNya, seterusnya beriman dengan mematuhi perintahNya. Mereka yang tidak memohon sesuatu daripada Allah dikategorikan sebagai orang yang sombong dan takbur.

Menurut An-Nu’man Bin Basyir, Rasulullah pernah berkata , “Doa itu termasuk ibadah,” lalu beliau membaca ayat 55 dari surah Ghafir seperti di atas.[1] Di dalam riwayat lain, Rasulullah telah bersabda, “Tiada sesuatu pun yang lebih mulia di sisi Allah Azza wa Jalla selain daripada doa.” [2]

Di dalam konteks mencari pasangan hidup, amalan berdoa perlu dimulakan sejak awal. Setelah berniat dengan betul, doa diteruskan secara konsisten sepanjang masa. Mudah-mudahan Allah mempertemukan dengan pasangan hidup yang dapat menjamin kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Berikut merupakan antara 9 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab yang sempat saya sertakan :

1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” [5]

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” [6]

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]

6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan,


Kemudian mengatakan, atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” [8]

7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” [9]

8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” [10]

9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” [11]

Wallahu’alam...